KBBA

lazada

nuffnang

BA BAO TEA DARI MEE TARIK WARISAN ABANG HASSAN


Assalammualaikum,

Hai semua... Kali ni Eyda saje nk share pasal teh ni... Pernah tak pergi Kedai Mee Tarik Warisan Abang Hassan? Kedai ni dah banyak cawangan dah seluruh Malaysia. Kalau pernah pergi mesti korang pernah rasa air teh ni.



Cina panggil Ba Bao Cha atau pun Eight Treasure Tea. Kenapa Eight? Kenapa lapan? hehehe.. sebabnya jom kite tengok apa bahan yang ada dalam teh ni.

Bahan-bahan yang ada dalam Ba Bao Tea ni ada 8 jenis sebenarnye.

1. Tieguanyin Oolong Tea
2. Kurma Cina / Red Dates
3. Longan
4. Laici
5. Apricot
6. Buah Goji / Wolfberry
7. Bunga kekwa / Crysantimun
8. Gula Batu / Crystal Sugar

Kesemua bahan ni telah dikeringkan tau. So bila nak minum baru tuang air panas. Kelapan-lapan bahan ni banyak khasiatnya dari segi kesihatan tau. Air ni juga dianggap tonik kesihatan yang sangat berharga di Yunnan. Ia mampu meningkatkan peredaran dan menambahkan darah. Selain itu ia juga baik untuk hati.

Buah-buah yangbada tu kita boleh la makan, jangan dibuang pulak. Dari kecik kite memang suka makan red dates tu sebab arwah mak selalu buat acar buah. Masa dulu ada Ahso kedai ni bagitau mak. Kalau nak tambah darah boleh rebus kurma cina ni.

Selain tu kalau korang perasan, bahan-bahan dalam ni banyak yang anti-oksidan. So memang baik untuk mencegah kanser. Minuman yang sangat menyegarkan dengan rasa manis gula batu yang tidak terlalu manis.

Jadi, kalau korang teringin boleh la beli dekat kedai Mee Tarik Abang Hassan ni. Korang cuba tau.. hehehe...


CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

6 comments:

  1. xpnh rasa..brpe rm ni kak..

    dlm meru tu tak pernh try lg.huhuh

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba.
    Tapi mesti tawar sikit kan

    ReplyDelete
  3. noted, makan mee tarik pun belum pernah lagi saya ni :D

    ReplyDelete
  4. menarik..nanti nak try.suka mee tarik dia.sedap

    ReplyDelete
  5. saya pernah minum campuran longan & red dates untuk banyakkan susu badan

    ReplyDelete
  6. Mesti Husband Miera suka tea ni.. miera pun suka.. hahaha

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...