KBBA

lazada

nuffnang

PERINGATAN!!! RAMAI YANG SUDAH TERKENA PENIPUAN DARI PANGGILAN TELEFON YANG SEMAKIN BERLELUASA

Assalammualaikum

Hai semua.

Harap Ramadhan yang hampir ke penghujung ni dapat kita manfaatkan sebaiknya...

Malam tadi ade terdengar berita pasal kes penipuan melalui telefon lagi. Cara mereka sama. Semua yang terkena melalui panggilan telefon. Ada yang cepat tersedar ada yang hampir terkena dan ada juga yang sudah pun menjadi mangsa penipuan ni.

Sekarang ni ramai kakitangan awam yang menjadi mangsa. Maklumlah benda yang paling merisaukan adalah bila kita mendengar mengenai hutang bank, tindakan mahkamah, pembekuan akaun dari bank negara, audit dan juga yang melibatkan Polis. Sebagai kakitangan awam perkara ni memang dianggap kes serius, maklumlah risau kene tindakan tatatertib juga kan.

Apa yang buat kite terpanggil nak buat entri ni disebabkan kes kali ni sama dengan kes kakak ipar kite. Dua-dua kakak ipar Cikgu (kakitangan awam) dan kedua-dua hampir terkena dengan penipuan ini. Kalau nak tahu ceritanya korang boleh baca di blog Ben Ashaari.

Apa yang terkena pada isteri beliau perlu kita ambil tahu dan jadikan peringatan untuk kita. Mujur juga isterinya tak dapat nak transfer duit tu dan cepat tersedar dan amik tindakan yang bagus dengan pergi terus ke Balai Polis Putrajaya.

Kes sama yang kakak Ipar kite alami, dan dia juga Alhamdulillah tidak terkena dan cepat membuat laporan polis. Modus Operandi mereka sama melalui panggilan telefon dan cuba digertak dengan adanya pegawai polis yang kononnya akan mengambil tindakan.

Siapa yang tidak gentar bila Polis yang handle kes sedangkan kita tak tahu apa2. Mereka cuba buat kita menjadi bingung dan berfikir dalam ketakutan. Secara tidak langsung bila fikiran tak menentu jadi kita pun akan mudah ikut apa yang mereka arahkan.

Kakak ipar kite pn terima panggilan daripada Hong Leong bank yang mengatakan ade hutang dan suruh bercakap dengan polis. Korang boleh baca report dekat bawah ni dan cerita yang diceritakan dari blog Ben Ashaari. Jalan cerita sama. Cuma kakak ipar xsampai ke tahap dia suruh transfer duit.

Ni report Polis yang kakak Ipar kita buat selepas terima panggilan tu.

Ini pulak pengalaman kakak Ipar yang 1st. Cuma bezanya dari syarikat pelancongan.

 Berdasarkan apa yang diceritakan oleh Ben Ashaari no yang call adalah
03 76268899 . No ni kalau kita Google mmg akan keluar Hong Leong Bank tau. Tapi jangan tertipu ye...ini scammer..

 Apa yang boleh kite nasihatkan korang cubalah install aplikasi " whoscall" dekat fon korang. Walaupun tak dapat nk detect 100% tapi sekurang2nya kalau ade nombor yang pelik-pelik kita boleh alert.

Dkt whoscall bila korang taip je no fon td tu dia akan keluar Hong Leong Bank Berhad. Then kite edit dekat whoscall sebagai Hong Leong Scammer.

Nampak tak??? Bila dicek balik, no KL tapi alamat di Johor.

Jadi tolong berhati-hati ya semua. Jangan sampai kita alami kerugian. Jadi kite sarankan korang install apps ni. Tapi pastikan korang ade internet tau. Sebab kalau tak de internet dia tak dapat nak cari details tu. Details ni dari google jg.


Korang pergi dekat apps store, korang install la ye. Maybe dapat kurangkan masalah mcm ni dan harap ia dijauhkan dari kita. In Shaa Allah. Dalam bulan Ramadhan ni marilah kita sama-sama bedoa agar kita dijauhkan dari segala keburukan. AMIINN...





CORETAN DIARI PINK

4 comments:

  1. macam macam sekarang ni.. kne lebih berhati hatiii

    ReplyDelete
  2. Huishh .. Semakin canggih teknologi semakin banyak cabaran .. Yana kalau no Yana tak kenal memang susah Yana nak jawab takut pasai nie lah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la Eyda pn xkan angkat kalau xkenal

      Delete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...