KBBA

lazada

nuffnang

RESEPI CORNFLAKES MADU CHEESE

Assalammualaikum

Hai semua.

Dah hujung-hujung Ramadhan ni pastinya ade yang baru nak mulakan buat biskut raya iye dak??? Hehehe... Kite kali ni nak share le sikit benda yang paling senang nak buat dan xamik masa lama pun. MUDAH, CEPAT & SEDAP hehehe... siap ade Moto lagi kannn...Actually sama je dengan resepi orang lain. Cuma kite try letak cheese je.

Tak yah buang masa meh kite tengok resepi.



BAHAN-BAHAN

1 kotak Cornflakes
1/4 cwn Gula perang
3/4 cwn Madu
3/4 cwn Buttercup / mentega
(kalau guna mentega biase letak sikit esen vanila, bg wangi)
1/2 buku Cheddar Cheese (diparut)
Papercup secukupnya (1 bancuhan ni boleh dapat dlm 200-240biji)



CARA-CARA

1. Hancurkan sedikit cotnflakes dan letak di dalam satu bekas.

2. Cairkan buttercup, gula perang dan madu. Kemudian masukkan dalam cornflakes tadi dan gaul rata.



3. Masukkan dalam papercup kemudian bakar seketika dalam 10-15minit pada auhu 160°c ikut pd kesesuaian oben masing-masing ye.





CORETAN DIARI PINK

JOM SEMAK MYTV TANPA CAJ BULANAN

Assalammualaikum

Hai semua

Semalam Abah kite bagitau dia dapat TV.. jenuhlah kite dok fikir TV ape pulak dia dapat. Lepas tu dia kata.. "Alaaaa yang macam kamu tu (refer to decoder astro) yang macam ni.." sambil tunjuk decoder kite. hehehe

Lepas tu baru la teringat.. "Ooooooooo (panjang ooo kite kan..hehehe) itu MYTV la Abah. Yang dia bagi 2 juta percuma tu kan..." "Ha ah..yang tu le" katanye.."Nanti Abah nak pasang dekat kampung" katanye... "Ok Abah nanti orang tengok kan ye" ( memang kite bahasakan diri "orang" dengan family)

So siapa penerima BR1M korang boleh la buat semakan MYTV percuma tu, mana tau ada rezeki korang nanti.

http://mytvbroadcasting.my/index.php
 Klik sini untuk ke laman web rasmi MYTV

 Ini gamba decorder tu.. warna hitam. Kite tak sempat tengok lagi Abah punya decoder.

 Yang penting ianya tanpa caj bulanan tau

 Korang boleh semak melalui SMS juga dengan menaip

MYTV<jarak>DEKODER<jarak>NoKP
dan SMS ke
15888

atau

http://mytvbroadcasting.my/index.php
 Semak melalui laman web tadi dan isi No.KP korang 


Kalau korang berjaya akan keluar macam yang dekat atas ni.. 
Tapi kalau tak berjaya akan keluar macam dekat bawah ni pulak
 

Soooo... All the best untuk korang. Mana tau rezeki nak raya ni kan. Boleh la tengok MYTV tanpa gangguan walau apa pun keadaan cuaca...

Sekarang ni kite cerita cara nak semak dulu.. Nanti dah tengok Abah punya MYTV kite cerita lagi okay. See ya...
CORETAN DIARI PINK

RESEPI KERABU DAGING BAKAR CIK JAH - RESEPI TURUN TEMURUN

Assalammualaikum

Hai semua. Semalam kite buat menu kerabu daging bakar ni. Ramai yang tanyakan resepi. Resepi nye tak susah pun, semua org boleh cuba.

Ni resepi arwah Mak kite. Menu ni dah jadi menu wajib utk kami sekeluarga. Maklumlah arwah mak memang rajin memasak, suri rumah pulak tu jadi mmg wajib merasa air tangan mak ni. Terus terang kite cakap kerabu daging ni boleh buat kite tambah nasi berpinggan-pinggan.

Nak cite sikit....asben kite bukanlah suke sangat makanan-makanan melayu kampung apetah lagi kerabu ni. Tapi masa 2nd year perkahwinan tu kite saja buat tak sangka pulak dia suka dan sekarang menu ni jd menu wajib utk dia. Kerabu ni boleh je buat bila-bila masa pun tapi lebih bermakna buat time puasa sebab teringat memori dengan arwah Mak dan boleh jadi pembuka selera dibulan puasa ni.

Okaylah cite banyak pun tak guna. Jom tengok resepi pulak. Mudah-mudahan kite dapat panjangkan ilmu arwah mak ni untuk org lain. Tak rugi ape-ape pun kan.

Nilah hasil kerabu tu... tapi ni untuk asben yang xsuke nk campur dengan tomato.hehehe so jadi hiasan jelah tomato tu.


BAHAN-BAHAN

BAHAN DAGING BAKAR
1 kg Daging lembu
3 sb Sos Tiram
4 sb Kicap manis
2 sb kicap masin
1 sb lada hitam ditumbuk
Sedikit garam

*Perap daging dengan semua bahan untuk 1 jam

Dulu bakar dalam kuali je. Tapi sekarang dah banyak kemudahan so gunakanlah ye. Bakar pada suhu 230°C selama 40minit (ikut pada oven masing-masing ye)


Nilah hasil selepas dibakar.

BAHAN UNTUK DIGAUL

3 sb Kerisik
4 sb Kicap manis
2 sb Kicap masin
1 sb Lada hitam (ditumbuk kasar)
2 biji Cili merah
2 biji Cili hijau
2 biji Bawang besar (dipotong bulat)
2 biji Tomato dipotong bulat
Sedikit air asam jawa

CARA-CARANYA

Caranya cukup mudah.

1.Hiris daging bakar ikut citarasa korang nk tebal atau nipis. Tapi kite akan hiris nipis sebab nak bagi rasa tu mesara dengan daging.

2.Gaulkan hirisan daging dengan kerisik, kicap dan lada hitam. Gaul sampai rata tau kalau kurang masin korang tambah sedikit garam atau kicap masin.

3.Masukkan hirisan cili, bawang dan tomato.

4. Letakkan air asam jawa ikut kemasaman yang korang nak.

Dannnnn siapppppp unruk dimakan. Hehehe..senang kan. Kalau asben dapat ni tak payah lauk lain dah. Nasi putih panas-panas dengan kerabu ni je pun dah boleh makan bertambah.

Hidangan disyorkan untuk 4 orang.

Selamat mencuba semua.












CORETAN DIARI PINK

PERINGATAN!!! RAMAI YANG SUDAH TERKENA PENIPUAN DARI PANGGILAN TELEFON YANG SEMAKIN BERLELUASA

Assalammualaikum

Hai semua.

Harap Ramadhan yang hampir ke penghujung ni dapat kita manfaatkan sebaiknya...

Malam tadi ade terdengar berita pasal kes penipuan melalui telefon lagi. Cara mereka sama. Semua yang terkena melalui panggilan telefon. Ada yang cepat tersedar ada yang hampir terkena dan ada juga yang sudah pun menjadi mangsa penipuan ni.

Sekarang ni ramai kakitangan awam yang menjadi mangsa. Maklumlah benda yang paling merisaukan adalah bila kita mendengar mengenai hutang bank, tindakan mahkamah, pembekuan akaun dari bank negara, audit dan juga yang melibatkan Polis. Sebagai kakitangan awam perkara ni memang dianggap kes serius, maklumlah risau kene tindakan tatatertib juga kan.

Apa yang buat kite terpanggil nak buat entri ni disebabkan kes kali ni sama dengan kes kakak ipar kite. Dua-dua kakak ipar Cikgu (kakitangan awam) dan kedua-dua hampir terkena dengan penipuan ini. Kalau nak tahu ceritanya korang boleh baca di blog Ben Ashaari.

Apa yang terkena pada isteri beliau perlu kita ambil tahu dan jadikan peringatan untuk kita. Mujur juga isterinya tak dapat nak transfer duit tu dan cepat tersedar dan amik tindakan yang bagus dengan pergi terus ke Balai Polis Putrajaya.

Kes sama yang kakak Ipar kite alami, dan dia juga Alhamdulillah tidak terkena dan cepat membuat laporan polis. Modus Operandi mereka sama melalui panggilan telefon dan cuba digertak dengan adanya pegawai polis yang kononnya akan mengambil tindakan.

Siapa yang tidak gentar bila Polis yang handle kes sedangkan kita tak tahu apa2. Mereka cuba buat kita menjadi bingung dan berfikir dalam ketakutan. Secara tidak langsung bila fikiran tak menentu jadi kita pun akan mudah ikut apa yang mereka arahkan.

Kakak ipar kite pn terima panggilan daripada Hong Leong bank yang mengatakan ade hutang dan suruh bercakap dengan polis. Korang boleh baca report dekat bawah ni dan cerita yang diceritakan dari blog Ben Ashaari. Jalan cerita sama. Cuma kakak ipar xsampai ke tahap dia suruh transfer duit.

Ni report Polis yang kakak Ipar kita buat selepas terima panggilan tu.

Ini pulak pengalaman kakak Ipar yang 1st. Cuma bezanya dari syarikat pelancongan.

 Berdasarkan apa yang diceritakan oleh Ben Ashaari no yang call adalah
03 76268899 . No ni kalau kita Google mmg akan keluar Hong Leong Bank tau. Tapi jangan tertipu ye...ini scammer..

 Apa yang boleh kite nasihatkan korang cubalah install aplikasi " whoscall" dekat fon korang. Walaupun tak dapat nk detect 100% tapi sekurang2nya kalau ade nombor yang pelik-pelik kita boleh alert.

Dkt whoscall bila korang taip je no fon td tu dia akan keluar Hong Leong Bank Berhad. Then kite edit dekat whoscall sebagai Hong Leong Scammer.

Nampak tak??? Bila dicek balik, no KL tapi alamat di Johor.

Jadi tolong berhati-hati ya semua. Jangan sampai kita alami kerugian. Jadi kite sarankan korang install apps ni. Tapi pastikan korang ade internet tau. Sebab kalau tak de internet dia tak dapat nak cari details tu. Details ni dari google jg.


Korang pergi dekat apps store, korang install la ye. Maybe dapat kurangkan masalah mcm ni dan harap ia dijauhkan dari kita. In Shaa Allah. Dalam bulan Ramadhan ni marilah kita sama-sama bedoa agar kita dijauhkan dari segala keburukan. AMIINN...





CORETAN DIARI PINK

PENANG TRIP - WONDERFOOD MUSEUM

Assalammualaikum,

Hai semua... Okay kalau hari tu kite cerita pasal Nasi 7 Benua, kali ni nk cerita tempat ke-2 kite pegi iaitu WONDERFOOD MUSEUM.

Untuk orang yang macam kite ni (sejenis manusia yang suke bergambar) memanglah sesuai nak pegi tempat-tempat macam ni. Hehehehe...

WonderFood Museum ni memang la best pada kite. Sebab kite terlalu teruja dengan hasil seni yang dihasilkan. Semua makanan nampak sempurna seperti makanan betol. Tengok pun dh terasa nk makan... hehehe

HARGA TIKET / TICKET PRICE / ENTRANCE FEE

Untuk pemegang MYKAD / Malaysia
Adult - RM15
Children - RM10

Untuk Pelancong  /  Foreign Visitors
Adult - RM25
Children - RM15

Harga Tiket pun agak berpatutan dengan jumlah makanan yang kita boleh explore dekat dalam museum ni. Dekat entrance je korang dh mula rase teruja. Tapi untuk pesanan... Kalau pegi weekends memanglah ramai orang terutama pelancong. Kita pun kebetulan hari Jumaat time org solat Jumaat so tak berapa ramai lagi... jadi still boleh nk buat macam rumah sendiri.. hehehe.

Kite tak nak cerita banyak so korang boleh tengok bertapa banyaknya gambar korang boleh ambil dekat sini. Kite sampai full memory la dekat phone. Mujur ada Akhmar yang pakai Note 5 jugak.. so guna fon dia la buat sementara. Hehehehe....


Okay..jom masuk jom.... tak sabar nak explore Wonderfood Museum ni.

Korang boleh gunakan sebahagian daripada tools yang ade ni tau. Contoh macam sudu dan garfu tu..hehehe.so boleh lah action2 ala2 nk makan betol2.

Sepanjang perjalanan tu korang boleh bergambar dengan tempat2 ni...semua cantik2



Ni semua antara makanan yang ada.semua ni nampak real dan saiz semua besar2.

Korang rase larat ke nak habiskan laksa semangkuk besar macam ni?

Sangat teruja tengok gambar aiskrim ni.


Gamba ni agak rare sebab menggambarkan keadaan pasar malam masa zaman dulu2.

Gamba yang last ni sangat terkesan sampai terkejut jugakla tengok budak tu...hehehe...tapi ada mesej disebaliknya.



Gamba sebenarnya banyak lagi... tapi ade cerita sedih bila fon Akhmar rosak dan dia xsempat transfer gamba... huuuwaaaa.. bertabah la... banyak sangat gamba dkt dalam ni. Sebab mula2 masuk ada pasal makanan orang Melayu, India, Cina dan makanan yang ada di Malaysia. Contoh macam gambar dekat bawah ni tau. pinjam gambar orang.

http://www.penang-traveltips.com/wonderfood-museum-penang.htm
http://www.penang-traveltips.com/wonderfood-museum-penang.htm
Gambar ni kite ambil dari www.penang-traveltips.com

Tak kan rugi kalau pegi sini tau. Kalau time lapang korang boleh sembang2 dengan pekerja dia. Dari apa yang kite dapat sembang, diaorg dh beroperasi sepenuhnya dekat 2 tahun manakala makanan ni semua diaorang ambil masa 3 tahun untuk siapkan. Semua makanan yang ade ni hand made. Begitu teliti diaorg buat sampaikan korang akan rasa nak makan betol2 semua makanan ni.

Jadi kalau pergi ke Penang jangan lupa singgah ke Wonderfood Museum ni...
Lokasi seperti di bawah...


LOKASI




CORETAN DIARI PINK

MASAK LEMAK UDANG BERSMA REBUNG




Assalammualaikum.

Hai semua. Mesti ramai yang pergi terawikh kan...Kite tak dapat nak pegi hari ni sebab tak berapa sihat. Buat dekat rumah je lah.

Berbuka tadi korang makan ape? Kite makan nasi dan masak lemak udang rebung ni ha... goreng pulak ikan bilis sikit. Itu je yang lalu nak masuk buat masa ni.

Kite ni tak la pandai memasak tapi simple-simple tu boleh la.

 

Rebung ni kite dapat minggu lepas, member ofis bagi. rezeki jangan ditolak.. hehehehe... memang favorite sangat rebung ni. lagi pun dah lama tak merasa masak kampung macam ni. asben kite pun bukan jenis yang makan makanan macam ni... hehehe.. so jarang-jarang la nk masak kalau sorang je yang makan.

Rebung ni fresh lagi so memang sedap la pekena lemak udang kan.. hehehe...



Nilah hasil masakan kite yang tak seberapa tu.

Ni resepi yang kite guna untuk masak lemak kali ni.


BAHAN-BAHAN
A
300gm udang sederhana
3 senduk rebung (kite dapat 1 balang biskut raya tu.so amik dalam separuh la)
2 batang serai
2 helai daun kunyit
1 kotak 200 ml santan (kite tak nak lemak sangat sbb kontrol kolestrol)
200 ml  air
2 keping asam gelugur / asam keping (1 pn cukup kalau besar)
1 sudu kecil serbuk kunyit (kalau guna kunyit hidup kite masuk dkt bahan blend)
garam secukup rasa

B
1 biji bawang besar
3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi (ikut tahap kepedasan yang korang nak)
3 biji cili merah

bahan B ni kita tumbuk atau lebih mudah kite blend kan je...

CARA-CARA

Paling kite suke sebab masak lemak ni kite masukkan je semua bahan. Ni namanya cara org malas. hehehe.. maaf ye blogger2 dan chef2 masakan yang ada.. kite selalu derhaka bab memasak ni... semua nk cepat je.

Masukkan semua rebung, serai, daun kunyit, santan 100ml campur dengan 200ml air dan bahan kisar ke dalam periuk. Masak biar mendidih kemudian masukkan udang dan asam keping. Bila udang dh bertukar merah baru la masukkan pati santan yang berbaki tadi. Bila dah mendidih boleh la tutup api dah.tapi sebelum tutup api jangan lupe masukkan garam...hehehe... kan mudah tu.cuma yang remehnya masak pakai santan ni bile kene tunggu sebab takut santan pecah minyak.

So kalau rajin tu boleh la mencuba kan. Selamat mencuba ye.


CORETAN DIARI PINK

ROTI JOHN MENU BERBUKA

Assalammualaikum

Hai semua... sedar tak sedar dh 7 Ramadhan dh.

Hari ni malas nak masak beria sangat.. so kebetulan smalam dh beli roti, daging kisar... jadinya dalam kepala terfikir roti john.

Roti john yg simple je kali ni. Bahan-bahan pun mudah kadi rajin la sikit nak buat.

BAHAN

2 buku roti sosej
1 blok daging kisar Ramlee
3 biji telur
1 biji bawang dipotong dadu
1 ulas bawang putih dipotong dadu
Sehelai daun leek / daun bawang
Sedikit serbuk / pes kari daging
Sedikit garam
Minyak utk menumis
Planta / butter untuk gris pd kuali
Timun/ tomato (sayur ikut pilihan sendiri.nak letak kobis pun boleh)
Cheesy sos
Chili sos
Mayonis






CARA-CARA

Cara punmudah dan pantas nk sediakan.

1.Tumis bawang dan daun leek / daun bawang.



2. Tumis pes kari sehingga masak.

3. Masukkan daging kisar dan hancur-hancurkan.



4. Masukkan sedikit garam dan kacau hingga daging separa masak. (Sbb nnt nk masak lg atas kuali dgn telur)

Setelah daging siap... sediakan kuali leper yang di gris dgn mentega.



1. Kita masukkan telur dalam daging tadi. Kemudian letak atas kuali.





2. Belahkan 2 roti sosej tu dan letak atas bancuhan dlm kuali tu... kalo ikut bahasa Eyda... kite tempekkan je atas telur tu... hehehe



3. Tgk telur dan masak boleh la angkat.

4. Hiasan lah dengan sayur2 dan segala sos yang ade.


Taaadaaaaa... siap roti john 15 minit. 5 minit sedia bahan, 5 minit menumis dan 5 minit atas kuali..hehehe

Jadilah untuk makan berdua. Nak makan berat-berat pun tak berapa nak lalu makan...

Jadi kalau korang nak menu yang pantas boleh la cuba resepi ni...hehehe....

Selamat mencuba... dan selamat berbuka puasa semua...
























CORETAN DIARI PINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...