KBBA

lazada

nuffnang

StoriMori dari lovelypinky.wordpress.... ✿◕‿◕) "liku2 perjalanan ke rumah Kak Ros"

Sepanjang Perjalanan......

Tanggal 24 Oktober 2008, Anis, Ma dan aku sama2 memulakan perjalan ke Kota Tinggi, Johor bagi menghadiri majlis perkahwinan Kak Ros...Seperti yang dijanjikan tepat jam 2.20 petang kami bersama-sama pergi ke perhentian bas di hadapan ofis untuk menunggu bas NadiPutra ke ERL stesen. Namun nasib kami agak malang kerana bas 101 yang kebiasaaannya terus ke Presint 9 & ERL pergi ke Alamanda dahulu dan ia telah menyebabkan kami terlepas ERL jam 3.05 petang....

Untuk mempercepatkan perjalan kami mengambil keputusan untuk menaiki teksi ke Puduraya... Untuk pergi ke Puduraya sahaja kami terpaksa menghabiskan duit RM48 untuk memastikan kami dapat sampai tepat pada waktunya....Namun sekali lagi kami dirundung malang apabila teksi yang kami naiki mengikut jalan di Bukit Bintang yang sememangnya akan mengalami kesesakan yang teruk...perjalanan yang aku jangka mengambil masa dalam 45 minit menjadi hampir 1jam.... Aku pun melihat jam di tangan ku tepat jam 4.07petang...Sepanjang perjalanan aku berdoa agar bas kami belum terlepas....tanpa memikirkan keadaan kami terus berlari menuju Platform 6 dimana tempat bas Maraliner mengambil penumpangnya...

Namun nasib kami masih malang kerana bas yang kami perlu naik sudah berlepas pada jam 4.05 petang....Kami menjadi buntu...aku pun naik ke Kaunter Maraliner dan bertanya pada pekerja yang bertugas...dia mula memarahi aku kerana lambat kata nya "Kan dah ada tulis dekat belakang tiket tu kena ada 15minit sebelum bas bertolak..." mendengar sahaja kata2 dari pekerja itu aku pun mula melenting kerana aku sendiri tak pernah lewat hingga terlepas bas seperti ini... tanpa aku sedari "Dah jem teruk nak buat macam mana...." terkeluar kata2 yang agak lantang dari mulutku ini.... perkerja tersebut pun tergamam lalu menyuruh aku mengambil risalah Maraliner yang ada dihadapan kaunter tersebut dan meminta aku menelefon kaunter di Hentian Putra...Tanpa melengahkan masa aku pun terus turun memberitahu Anis dan Ma bahawa bas telah terlepas dan kami perlu ke Hentian Putra...Aku menelefon ke kaunter Hentian Putra dan bertanya adakah kami sempat untuk sampai ke sana sekiranya kami menaiki LRT...namun pekerja di situ mencadangkan agar kami menaiki teksi kerana ia lebih cepat...Namun memandangkan keadaan jalan yang kami lalui tadi kami mengambil cara kami sendiri dengan menaiki LRT...

Setibanya di LRT, kebetulan train pun tiba...semasa kiteorang dah masuk dalam train tu...tiba2 Ma jadi gelabah dan kata "kite nak pegi mana ni" kata2 itu telah membuatkan Anis dan aku jadi hilang cofident dan terus turun dari train tersebut tanpa berfikir panjang....masa tu aku tengok muka Ma pucat sangat dia agaknye terkejut kot...aku pun panggil dia dan anis lpas tu sama2 fikir jalan mana yg betul...Aku sempat bertanya pada seorang amoi yg tunggu di situ dia pun mengatakan bahawa kami tidak salah tempat...akhirnya kami pun naik semula train yang tiba di situ...

setibanya di PWTC kami pun berlari menuju ke perhentian putra...aku pun tak menghiraukan lagi keadaan aku..kami cuba lari sepantas yang mungkin untuk menyeberangi jalan...walaupun agak penat namun kami tetap mencuba...aku pun menyuruh Ma pergi berlari ke perhentian agar pemandu bas dapat menunggu kami sementara aku & anis terkial2 nak melintas jalan.....

setibanya di tempat bas tersebut pemandu bas mula mengomel pada kami...namun aku tak menghiraukan lagi kata2 pemandu itu yang penting kami semua dapat pergi ke rumah kak ros....Bila naik je bas kami melepaskan penat kami buat sementara...tak berapa lama selepas bas jalan...Aku yang duduk disebelah Anis tergelak sorang2 mengenangkan peristiwa yang telah kami lalui sebentar tadi....Apabila diingat semula kami semua pun ketawa bersama2...maklumlah inilah kenangan yang tak dapat kami lupakan....Namun disebalik itu aku teringat Anis berpuasa tapi kami tidak membawa sebarang bekalan makanan...tepat jam 6.30 bas berhenti sebentar di stesen minyak....Alhamdulillah sempat juga kami membeli bekalan untuk Anis berbuka puasa....Aku pun ape lagi bli air untuk menghilangkan haus air dari tadi....Penat beb nak lari tu....dah la aku tak cukup stamina ni.....Sepanjang perjalan tu kami bertiga asyik ketawa je...bukan sebab terlalu suka tapi rasa lucu mengenang liku2 perjalan kami.....Sepanjang perjalan tu kami sentiasa sms dengan Kak Ros untuk memaklumkan destinasi kami.....

Akhirnya ......Alhamdullillah kami selamat sampai di rumah kak Ros tepat jam 11 malam....

amiiiinnnnn....
CORETAN DIARI PINK

No comments:

Post a Comment

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...